Download Percuma-Software,Games,Phone,etc!
Powered by Download-Home2u

Cuti Merdeka-Bunga Api  

Wednesday, September 2, 2009

Cuti Merdeka lepas kami sefamili balik kg kat Penang.Sejak posa blum lg balik,so sempena cuti 3 hari kitorg buat keputusan balik kg nak berbuka/sahur ngan famili kat sana.Tambahan pula makcik haikal n hariz dapat cuti 3 hari sempena Merdeka kat UTP.Pagi sabtu amik dia kat Tronoh terus balik Penang.

Kali ini suasana bukak posa dan bersahur terasa sungguh lain,kerana ketiadaan ayahanda yg telah kembali ke Rahmatullah April lepas.Yerlah tiap2 tahun kitorg sekeluarga mmg seronok bila time berbuka sbb arwah ayah mmg suka mengatur makan.Selalu klu time nak berbuka dia yg setkan apa nak makan time berbuka nanti.Kami mmg seronok tgk arwah ayah time berbuka..sbb mmg dia suka makan.

Dan pada hari Ahad malam Isnin tuh(malam Merdeka)kitorg decide buat moreh kg surau,kena pulak kami yg first buat sbb sebelum nih blum ada lg yg buat moreh,menu simple jer Nasi Goreng ngan Ikan Talang Masak Sambal Tumis.Licin abih...ramai gak yg datang..tak mcm selalu sbb sebelum tuh kan ari asyik hujan jer time malam..kali nih cuaca baik,so ramailah jemaah yg datang...

So,lepas berbuka Haikal,Batrisyia n Hariz dapat main bunga api(Tajuk N3).Pakngah(ayah Batrisyia) diorg yg beli mercun tuh kat pasar malam.Apa lagi,bukan main seronok lah diorg main..

Haikal..mcm berani

si Hariz nih kena pimpin..klu tak ditalanya kat org..





Versi Slow Shutter..blur ckit..handheld jer



Nih pon versi blur..slow shutter...flash off

-Gambar Risya takder yerk??sbb masa nak main tuh berkobar2 jer...bila dah pegang bunga api takut plak nak nyalakan...lari masuk umah..so takder gambarnyer..

Nota Kaki:
--Main bunga api takper tapi untuk budak bawah umur kena ada org dewasa bersama sbb api2 nih mmg bahaya bagi kanak2.
Jangan main mercun..skrg tengok dah berapa ramai yg putus jari...
lagipun kena tangkap polis..--

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Cuti Merdeka-Bunga Api

 

Belacan